Friday, 1 May 2020

POLITIK ANTARABANGSA PASCA COVID-19

 
 
Oleh : Sulaiman Badri Mohd Razali

Satu hari nanti, kita pasti akan memenangi peperangan dengan musuh halimunan ini. Itu adalah satu kepastian. Tapi bila?
Sudah 5 bulan sejak kes pertama ditemui, COVID-19 telahpun menjangkiti lebih 2.4 juta orang di seluruh dunia manakala angka kematian pula menghampiri 200 ribu orang.
Peristiwa ini adalah sangat dahsyat dan dunia pasca COVID-19 pasti akan berubah. Lumrah alam, setiap bencana akan melahirkan satu bentuk hidup yang baru. Politik antarabangsa juga tidak terkecuali.
Sejak Perang Dunia Ke-2, naratif politik antarabangsa lebih banyak berkisarkan kepada idea liberal antarabangsa. Idea liberal antarabangsa adalah satu doktrin yang memperjuangkan komuniti global yang erat.
Daripada idea inilah wujudnya UN, WHO, EU dan bermacam-macam lagi institusi antarabangsa yang lain. Kesemua ini bertujuan untuk mewujudkan satu orde baru bagi membentuk komuniti global yang lebih bersatu.
Tapi kini, idea liberal antarabangsa yang mendominasi naratif politik antarabangsa selama hampir satu abad berada di ambang kehancuran.
Masyarakat dunia semakin hilang kepercayaan dengan institusi-institusi global khususnya World Health Organization (WHO) yang teruk dikecam oleh pelbagai pihak. Institusi-institusi yang lain pula dilihat lambat dalam memberikan respon dan semua ini membuatkan orang ramai mempersoalkan kredibiliti mereka.
Contoh yang lain pula kita dapat lihat apabila semua negara dalam European Union (EU) menutup sempadan masing-masing. Keputusan ini memang satu yang necessary dalam keadaan sekarang tapi apa yang perlu ditekankan adalah dunia pasca COVID-19 mungkin akan menyaksikan lebih banyak negara mengamalkan dasar tertutup kepada kemasukan warganegara asing.
Dan keadaan ini bertentangan dengan prinsip internasional liberalisme yang salah satunya menekankan kebebasan pergerakan.
Oleh sebab itu, Henry Kissinger, seorang tokoh dalam bidang geopolitik sendiri menyeru kepada semua pemimpin dunia untuk menyediakan satu pelan transisi pasca Covid-19 untuk membentuk orde dunia baru. Baginya, kegagalan untuk menyediakan pelan transisi akan mengundang bahaya kepada sistem antarabangsa.
Selain daripada sistem liberal antarabangsa, perkara lain yang mungkin akan berubah dalam politik antarabangsa adalah kedudukan US sebagai pemimpin dunia.
Ramai meramalkan yang US akan terus mengekalkan hegemoninya di pentas antarabangsa untuk beberapa dekad lagi. Tapi, kemunculan COVID-19 seolah-olah mempercepatkan lagi kejatuhan US.
Sekarang pun kita dapat lihat US hampir lumpuh apabila lebih 700 ribu rakyat mereka telah dijangkiti COVID-19. Keadaan bertambah parah apabila kerajaan US di bawah Trump dilihat gagal menangani pandemik ini dengan baik. Itu tak masuk lagi bab bertekak dengan gabenor negeri-negeri lain. Lepas tu bergaduh pula dengan WHO, ah sudah.
Semua ini melemahkan kredibiliti US di mata dunia. Jika berterusan, ada kemungkinan yang US akan hilang kedudukannya sebagai pemimpin dunia.
Walau apapun yang terjadi, perlu ditekankan disini bahawa apa yang ditulis adalah hanyalah beberapa assumptions terhadap politik dunia pasca COVID-19. Time is of essence here, the longer the pandemic continues, the more likely these assumptions become true.
As the saying goes,
"What you do today determines your tomorrow".
Memang betul apa yang terjadi pada masa depan tak perlu difikirkan sangat. Apa yang terjadi sekarang lebih penting untuk difikirkan. Tapi tidak salah untuk kita bersedia dan merancang masa depan kan?
Malaysia mesti merancang bagaimana untuk memposisikan dirinya di pentas antarabangsa pasca COVID-19. Dengan kecemerlangan pentadbiran menangani pandemik COVID-19 setakat ini, tidak mustahil Malaysia bakal memainkan peranan yang lebih besar di peringkat antarabangsa selepas ini.
Doakan yang terbaik buat semua!